Pages

Tuesday 14 February 2012

tanda-tanda dia menyukai anda

1. Sekiranya sebelum ini, dia akan bertindak kasar dengan anda, misalnya, dia menjawab pertanyaan anda dengan kasar, tapi sejak kebelakangan ini, dia kerap menggunakan bahasa yang lembut, mungkin dia mula menyukai anda.
2. Dia gemar menghantar SMS kepada anda walaupun sekadar mengucapkan “HAI” sahaja. Padahal zaman dahulu, tak pernah pula dia menghantar SMS kepada anda. Perubahan yang menarik!
3. Dia akan cuba merapatkan diri apabila dia berada di sebelah anda. Tapi awas sekiranya dia terlampau rapat dengan anda, mungkin niatnya lain.
4. Dia akan memandang anda dengan satu pandangan yang penuh makna. Mungkin dia akan menghadiahkan anda sebuah senyuman yang manis atau menggoda. :)

5. Dia akan mula mengeluarkan kata-kata manis semanis kurma kepada anda. Oh DA rasa entri ni khusus untuk golongan wanita kot, tapi sesuai juga bagi golongan lelaki. Sambung semula topik tadi, dia akan mula memanggil anda dengan panggilan SAYANG, BABE, HONEY.
6. Dia sanggup bersusah-payah demi anda sedangkan diri dia juga turut mengalami kesusahan pada waktu itu. Sungguh caring!
7. Sekiranya anda tidak sihat, dia akan mula menunjukkan reaksi yang tidak menarik seperti dia akan kelihatan gelisah dan risau. Malah dia akan sentiasa menghubungi anda dan bertanya khabar.
8. Kadang-kadang dia juga sanggup mengeluarkan wang untuk membelikan anda sesuatu. Sekiranya dia kedekut di awal perkenalan, mungkin ini satu petanda bahawa dia menyukai anda. :)
9. Dia akan mengemaskini atau update status di laman sosialnya seperti Facebook dan Twitter dengan menyatakan bahawa dia merindui seseorang atau menyukai seseorang. (tapi pastikan bahawa tanda-tanda di atas ini telah dipenuhi terlebih dahulu)
10. Dia akan mengajak anda berjumpa dengan ibu bapanya. (kes serius betul-betul ni)
11. Senang cerita, dia akan mengaku pada kawan anda bahawa dia selesa bersama anda atau dia berasa segan dengan anda secara tiba-tiba.

No comments:

Post a Comment