1. Dia sentiasa menjaga penampilan diri. Hal ini kerana dia yakin bahawa penampilan diri dapat menonjolkan imej yang tersendiri.
2. Dia mementingkan keyakinan dan karisma diri yang tinggi. Apabila memandang wajahnya, terserlah karisma yang tersendiri.
3. Dia begitu mementingkan kebersihan diri. Dia tidak boleh hidup tanpa ‘perfume’ di sisinya. Malah, dia sentiasa mengambil berat tentang kesihatan tubuh badannya itu. Dia tidak kisah untuk berbelanja mahal asalkan penampilan dan kebersihan diri terjaga.
4. Dia juga akan memastikan kukunya berada dalam keadaan bersih dan dia juga turut mempunyai jadual khas untuk penampilan dirinya. Melalui jadual tersebut, dia akan mampu menjaga penampilan dirinya dari hujung kaki sehingga ke hujung rambut.
5. Dia tidak akan menengking kekasihnya di khalayak ramai. Dia sesekali tidak akan meninggikan suaranya apabila berbual dengan kekasihnya.
6. Dia akan sentiasa menjaga tingkah lakunya. Tingkah lakunya sentiasa sopan dan tertib, malah tingkah lakunya juga telah menyebabkan semakin ramai perempuan di luar sana yang menyukainya.
7. Dia akan memimpin tangan kekasihnya sewaktu ingin melintas jalan. Sungguh romantik!
8. Dia sentiasa tersenyum walaupun kekasihnya menunjukkan muka masa mencuka. Malah dia akan cuba memujuk kekasihnya dengan penuh sabar.
9. Dia sentiasa mengungkapkan kata-kata yang sopan dan manis didengar. Sekiranya orang tua mendengar kata-katanya, sudah tentu hati orang tua itu tertarik untuk menjadikannya sebagai menantu.
10. Dia akan menghulurkan tangan, bersalaman dan turut memberi salam apabila berjumpa dengan orang walaupun orang tersebut baru dikenalinya.
11. Dia akan menghormati wanita. Walaupun wanita itu mungkin melakukan sesuatu yang menyusahkan dirinya, namun dia tidak kisah kerana baginya, tiada manusia yang sempurna.
12. Dia tidak takut untuk meminta maaf sekiranya dia melakukan kesalahan dengan orang lain. Sungguh budiman.
No comments:
Post a Comment